Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page ‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›

Keberkesanan Intervensi Terapi Sandtray untuk Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak

Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Ismail Maakip, Peter Voo & Sharon Kwan Sam Mee

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : emosi, estim kendiri, kanak-kanak, sandtray

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi sandtray dalam meningkatkan estim kendiri kanak-kanak. Subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka (n=32). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan pemilihan subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan dalam dua kelompok iaitu kelompok sandtray (n=16) untuk kumpulan eksperimen, yang menerima terapi sandtray berbanding dengan kumpulan kawalan (n=16)yang tidak menerima sebarang rawatan. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Inventori estim kendiri yang dibangunkan oleh Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22 menggunakan Manova Pengukuran Berulang, pra-ujian dan instrumen pasca ujian. Keputusan dari ujian Pillai Trace multivariate menunjukkan kesan utama pembolehubah utama dari ujian pasca adalah signifikan (F [5, 11] = 41.37, p <.05). Pengujian Univariat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari pembolehubah bebas (sandtray therapy) dengan rendah diri (F [1, 15] = 49.85, ? <.05); pendiam (F [1, 15] = 63.64, ? <.05); pemalu (F [1, 15] = 82.92, ? <.05) dan bimbang (F [1, 15] = 80.07, ? <.05). Transkripsi temu bual juga digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan estim kendiri subjek kajian. Kanak-kanak dapat menyatakan pelbagai emosi, dapat berkomunikasi dengan baik, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap estim kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan pembentukan estim kendiri kanak-kanak.

Download Hit : 2349

More Info | Full Paper


Cleveland Adolescent Sleepiness Questionnaire (CASQ): Sleep Pattern among Undergraduates in Malaysia

Munizam Halik, Lim Ai Xuan, Ferlis Bahari @ Bullare

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2017-03-24

Keywords : Daytime sleepiness,academic performance,undergraduate students

Abstract :

Daytime sleepiness among adolescents is nearly universal; the sleep/wake rhythm in humans is regulated by the circadian timing system that makes people sleepy at certain times of the day. Research suggests academic performance is affected by lack of sleep may influence hence the importance of this study at tertiary level. A survey of 707 full-time undergraduates at a local university in Malaysia was conducted using a modified Cleveland Adolescent Sleepiness Questionnaire. The modified CASQ was found to be reliable and significant and thus suitable to be used to measure students daytime sleepiness. Results showed that male students (n=237) reported significantly higher daytime sleepiness. There is a significant difference between academic performance and sleepiness. Science stream students are more likely to record higher sleepiness compared to non-science students. There is a need to increase the awareness of this problem in the education and to further research on this issue in the Malaysian context.

Download Hit : 1814

More Info | Full Paper


Pengaruh Harapan Terhadap Anak dan Sokongan Sosial ke atas Kesejahteraan Subjektif Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Pembelajaran

Calistina Ubeh, Ferlis Bullare@Bahari, Peter Voo Su Kiong

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Ibu bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya pembelajaran, Kesejahteraan subjektif, Harapan terhadap anak, Sokongan sosial

Abstract : Golongan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak kurang upaya pembelajaran. Kajian lepas mengenai ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa termasuklah risiko yang melibatkan aspek kesejahteraan fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, golongan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya ini telah memberikan bukti yang berbeza-beza dalam aspek kesihatan mental yang akhirnya menggalakkan lagi penyelidikan yang memberi fokus khususnya kepada aspek-aspek positif termasuklah kesejahteraan subjektif. Mengetahui kesejahteraan subjektif ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk dipenuhi memandangkan golongan ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya ini adalah sebahagian daripada peratus yang signifikan dalam populasi dunia. Bagi memenuhi dan memahami keperluan tersebut, satu kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dijalankan untuk menguji pengaruh faktor harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran. Hasil kajian ke atas seramai 328 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran menunjukkan kedua-dua faktor tersebut memberi pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa. Dapatan kajian ini mencadangkan harapan terhadap anak dan sokongan sosial sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan subjektif dalam kalangan ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya pembelajaran.

Download Hit : 964

More Info | Full Paper


Pengaruh Jangkaan Ibu Bapa terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam Kalangan Ibu Bapa di Sabah

Abdul Adib Asnawi, Agnis Sombuling

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Jangkaan, Kepuasan, Keibubapaan

Abstract : Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ia dilihat saling berkaitan. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa di Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel dijalankan secara rawak yang melibatkan dua daerah sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Ujian regresi mudah dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dengan menyumbang sebanyak 34.6 peratus varians. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yang tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai.

Download Hit : 1416

More Info | Full Paper


Pengaruh Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam kalangan Ibu Bekerja

Tracy Soidi, Agnis Sombuling

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Konflik kerja dan keluarga, kepuasaan keibubapaan, ibu bekerja

Abstract : Perubahan peranan dalam institusi keluarga merupakan satu fenomena yang semakin kelihatan terutamanya dalam kalangan wanita, di mana golongan ini bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang ibu tetapi juga sebagai pekerja. Pada umumnya, kelaziman konflik peranan kerja dan keluarga pada masa kini berlaku disebabkan peningkatan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan (Irwan Nadzif Maphul & Nor Azian Abdullah, 2011). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan konflik kerja dan keluarga dengan kepuasan keibubapaan. Konflik kerja dan keluarga dilihat melalui dua dimensi iaitu konflik kerja-keluarga dan konflik keluarga-kerja. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 105 orang ibu bekerja dalam bidang pentadbiran di salah satu universiti awam di Kota Kinabalu, Sabah. Soal selidik Work-Family And Family-Work Conflict Survey dan The Satisfaction with Parent Role Scale digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan regresi mudah menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasan keibubapaan. Keputusan ini menjelaskan konflik kerja-keluarga yang tinggi meramal kepuasan keibubapaan yang rendah dalam kalangan ibu bekerja. Implikasi kajian juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Download Hit : 4511

More Info | Full Paper


Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sosial Penjagaan Warga Tua dalam Pelbagai Etnik di Sabah

Nurul Hudani binti Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Mohd Dahlan A. Malek, Getrude Cosmas Habibie Ibrahim, Peter Voo, Wanda Kiyah

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sokongan Sosial

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara intergenerasi dengan sokongan psikologi dan sosial dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Terdapat tiga set soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998) bagi mengukur hubungan intergenerasi. Manakala soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) digunakan bagi mengukur sokongan psikologi dan akhir sekali alat ukuran Social Support Questionnaire (SSQ) yang dibangunkan oleh Sarason, Levine, Basham (1983) digunakan bagi mengukur sokongan sosial. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585, k<0.05) manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi (r=.344,k>0.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berkorelasi dengan intergenerasi berbanding sokongan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu berkaitan aspek sosial dan psikologi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.

Download Hit : 6391

More Info | Full Paper


Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan Bagi Orang Kurang Upaya Di Malaysia

Ferlis Bullare@Bahari, Lineker ak Takom, Jasmine Adela Mutang, Laila Wati Madlan, Mohd Dahlan A. Malek, Rosnah Ismail

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan, Kesejahteraan dalam Kalangan OKU

Abstract : Dalam Model Perubatan, kurang upaya dianggap sebagai ketidakupayaan fungsi kronik yang menyebabkan ketidakupayaan fizikal atau mental, seterusnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bekerja dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Berbeza dengan Model Ketidakupayaan Sosial yang beranggapan bahawa OKU dilihat sebagai kumpulan minoriti yang dikenakan diskriminasi, stigma, pengasingan sosial, penindasan, peminggiran dan berhadapan dengan banyak halangan sosial untuk terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Bagi konteks Malaysia, adakah OKU dilihat menggunakan persepktif Model Sosial atau Model Perubatan? Dengan mengambil kira isu ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menjana konsep ketidakupayaan berdasarkan perspektif Model Sosial dan Perubatan bagi OKU di Malaysia. Kaedah Grounded Theory telah digunakan sebagai kaedah utama kajian ini. Analisis Grounded Theory telah menghasilkan model teori baru yang terdiri daripada lima perspektif Model Sosial-Perubatan (penerimaan, kehidupan berdikari, kesaksamaan, aksesibiliti dan kuasa dalam membuat keputusan); tiga sumber Model Sosial-Perubatan (kesedaran diri OKU, kesedaran masyarakat dan kesedaran Ibu bapa); enam halangan Model Sosial (ketidakadilan, stigma, diskriminasi, halangan, pengasingan dan ketidakberkesanan undang-undang); dua strategi (mendapat sokongan dan mendapat pengetahuan); pengaruh Model Sosial-Perubatan (kesejahteraan). Disimpulkan bahawa, dengan mengenal pasti dan menghasilkan model ketidakupayaan yang baru berkaitan dengan Model Sosial dan Model Perubatan yang sedia ada, ia akan memberikan maklumat yang berguna untuk kerajaan sebelum program atau polisi dilaksanakan

Download Hit : 6272

More Info | Full Paper


Predicting the Effect of Parent and Peer Attachment towards Global Self-Worth among Adolescents

Chua Yee Chii, Chua Bee Seok, Agnis Sombuling

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : adolescent development, parent and peer attachment, global self-worth.

Abstract : Over the years, the term global self-worth, which discusses on the adolescent’s overall evaluation on general happiness and satisfaction, becomes important. Recent literature suggests that both the parent’s and peer’s attachments to the adolescent may be a key determinant and a positive relationship in their global self-worth. The current study aimed to examine the importance of perceived attachment in relation to the adolescent’s global self-worth. A self-report survey was administered to a total of 100 adolescents in a public middle school. The questionnaires used in the survey are from the Revised Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA-R; Gullone & Robinson, 2005) and Self-Perception Profile for Adolescents (SPPA; Harter, 2012). The validity and reliability of both questionnaires were verified. The Standard Multiple Regression analysis was conducted to determine the best predictor for the global self-worth. The results of the analysis allow us to answer the research question of the study, which indicate that the parent’s attachment makes a significant contribution to the prediction of an adolescent’s global self-worth (? = .295, p > 0.01, p < 0.05). Surprisingly, the finding revealed that there is no significant influence of peer’s attachment on the adolescent’s global self-worth. The current study also noted that the role of the parent’s attachment is important in predicting the global self-worth of an adolescent, which shows to be inconsistent with other studies. The conclusions and implications in the impact of the parent’s and peer’s attachment on the adolescent’s self-worth were discussed

Download Hit : 862

More Info | Full Paper


Performance of students’ with Learning Disabilities (LD) on Ravens’ Coloured Progressive Matrices

Shazia Iqbal Hashmi,Getrude C. Ah Gang @ Grace and Chua Bee Seok

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2016-06-28

Keywords : Performance, Learning Disabilities, Ravens’ Coloured Progressive Matrices

Abstract : The main objective of the present study was to explore the performance of students with learning disabilities on test of intellectual functioning. Apart from that, this study also focused on observing the difference in intellectual abilities among male and female students with learning disabilities as well. The participants were 80 students within the age ranges of 8- 11 years old; which consist of 47 males and 33 females diagnosed as having learning disabilities from five public schools in Kota Kinabalu, Sabah Malaysia. Raven’s Coloured Progressive Matrices (Raven, 1995) was used to assess students’ intellectual functioning. It was found that the performance of 12.5% children were on intellectually superior level, 38.5% were on definitely above average, 22.5% were on average, 11.3 % were below average, and 15% were on intellectually impaired level. As for gender difference in scores, the results of non-parametric Fisher Exact test showed that significant association between gender and children intellectual ability ( =18.94, df = 4, p < .05) was found. On the basis of observed cell frequencies, it can be concluded that male students’ performance was more towards the extreme of higher and lower ends and female students’ performance was more towards average. The differences in basic intellectual abilities determined during the present study can be used as a guideline by the responsible authorities to identify appropriate and individualized interventions which are suitable for different group of children based on their level of intellectual functioning and learning disabilities.

Download Hit : 2327

More Info | Full Paper


The Relationship Between Parental Attachment Toward Delinquent Behavior among Young Offenders

Siti Noor Fazariah Bt Suis @ Mohd Rusdy Razima Hanim Othman, Azahar Che Latif, Norhamidah Jarimal @ Safri

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2016-06-28

Keywords : Parental attachment,Delinquent behavior,Young offenders

Abstract :

This study examined the relationship between parental attachment and delinquent behavior and the differences between age ranged and delinquency types among young offenders in Sabah. A total of 92 young offenders aged 16-21 years old were selected by using purposive sampling method from rehabilitation institutions in Sabah. The revised version of Inventory of Parents and Peers Attachments (Revised-IPPA-R) and the Junger Delinquency Scale were used in this study. The correlation findings shows that there is a weak negative and significant relationship between parental attachment and delinquent behavior (r=-.337, k<0.05). Specifically, the higher the parental attachment, the lower the delinquent behavior. Discussion on the implications for young offenders, families and communities were discussed. Some suggestions on future research were also provided. 

Download Hit : 1883

More Info | Full Paper



Page ‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**