Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page  < 1 2 3 4 > 

Pengaruh Jangkaan Ibu Bapa terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam Kalangan Ibu Bapa di Sabah

Abdul Adib Asnawi, Agnis Sombuling

Volume : vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

SAPJ Code : 2030, 0, 0

Keywords : Jangkaan, Kepuasan, Keibubapaan

Abstract : Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ia dilihat saling berkaitan. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa di Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel dijalankan secara rawak yang melibatkan dua daerah sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Ujian regresi mudah dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dengan menyumbang sebanyak 34.6 peratus varians. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yang tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai.

Download Hit : 417

More Info | Full Paper


Pengaruh Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam kalangan Ibu Bekerja

Tracy Soidi, Agnis Sombuling

Volume : vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

SAPJ Code : 2030, 0, 0

Keywords : Konflik kerja dan keluarga, kepuasaan keibubapaan, ibu bekerja

Abstract : Perubahan peranan dalam institusi keluarga merupakan satu fenomena yang semakin kelihatan terutamanya dalam kalangan wanita, di mana golongan ini bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang ibu tetapi juga sebagai pekerja. Pada umumnya, kelaziman konflik peranan kerja dan keluarga pada masa kini berlaku disebabkan peningkatan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan (Irwan Nadzif Maphul & Nor Azian Abdullah, 2011). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan konflik kerja dan keluarga dengan kepuasan keibubapaan. Konflik kerja dan keluarga dilihat melalui dua dimensi iaitu konflik kerja-keluarga dan konflik keluarga-kerja. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 105 orang ibu bekerja dalam bidang pentadbiran di salah satu universiti awam di Kota Kinabalu, Sabah. Soal selidik Work-Family And Family-Work Conflict Survey dan The Satisfaction with Parent Role Scale digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan regresi mudah menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasan keibubapaan. Keputusan ini menjelaskan konflik kerja-keluarga yang tinggi meramal kepuasan keibubapaan yang rendah dalam kalangan ibu bekerja. Implikasi kajian juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Download Hit : 1404

More Info | Full Paper


Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sosial Penjagaan Warga Tua dalam Pelbagai Etnik di Sabah

Nurul Hudani binti Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Mohd Dahlan A. Malek, Getrude Cosmas Habibie Ibrahim, Peter Voo, Wanda Kiyah

Volume : vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

SAPJ Code : 2070, 0, 0

Keywords : Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sokongan Sosial

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara intergenerasi dengan sokongan psikologi dan sosial dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Terdapat tiga set soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998) bagi mengukur hubungan intergenerasi. Manakala soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) digunakan bagi mengukur sokongan psikologi dan akhir sekali alat ukuran Social Support Questionnaire (SSQ) yang dibangunkan oleh Sarason, Levine, Basham (1983) digunakan bagi mengukur sokongan sosial. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585, k<0.05) manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi (r=.344,k>0.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berkorelasi dengan intergenerasi berbanding sokongan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu berkaitan aspek sosial dan psikologi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.

Download Hit : 1507

More Info | Full Paper


Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan Bagi Orang Kurang Upaya Di Malaysia

Ferlis Bullare@Bahari, Lineker ak Takom, Jasmine Adela Mutang, Laila Wati Madlan, Mohd Dahlan A. Malek, Rosnah Ismail

Volume : vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

SAPJ Code : 4010, 0, 0

Keywords : Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan, Kesejahteraan dalam Kalangan OKU

Abstract : Dalam Model Perubatan, kurang upaya dianggap sebagai ketidakupayaan fungsi kronik yang menyebabkan ketidakupayaan fizikal atau mental, seterusnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bekerja dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Berbeza dengan Model Ketidakupayaan Sosial yang beranggapan bahawa OKU dilihat sebagai kumpulan minoriti yang dikenakan diskriminasi, stigma, pengasingan sosial, penindasan, peminggiran dan berhadapan dengan banyak halangan sosial untuk terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Bagi konteks Malaysia, adakah OKU dilihat menggunakan persepktif Model Sosial atau Model Perubatan? Dengan mengambil kira isu ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menjana konsep ketidakupayaan berdasarkan perspektif Model Sosial dan Perubatan bagi OKU di Malaysia. Kaedah Grounded Theory telah digunakan sebagai kaedah utama kajian ini. Analisis Grounded Theory telah menghasilkan model teori baru yang terdiri daripada lima perspektif Model Sosial-Perubatan (penerimaan, kehidupan berdikari, kesaksamaan, aksesibiliti dan kuasa dalam membuat keputusan); tiga sumber Model Sosial-Perubatan (kesedaran diri OKU, kesedaran masyarakat dan kesedaran Ibu bapa); enam halangan Model Sosial (ketidakadilan, stigma, diskriminasi, halangan, pengasingan dan ketidakberkesanan undang-undang); dua strategi (mendapat sokongan dan mendapat pengetahuan); pengaruh Model Sosial-Perubatan (kesejahteraan). Disimpulkan bahawa, dengan mengenal pasti dan menghasilkan model ketidakupayaan yang baru berkaitan dengan Model Sosial dan Model Perubatan yang sedia ada, ia akan memberikan maklumat yang berguna untuk kerajaan sebelum program atau polisi dilaksanakan

Download Hit : 1094

More Info | Full Paper


Predicting the Effect of Parent and Peer Attachment towards Global Self-Worth among Adolescents

Chua Yee Chii, Chua Bee Seok, Agnis Sombuling

Volume : vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

SAPJ Code : 2030, 0, 0

Keywords : adolescent development, parent and peer attachment, global self-worth.

Abstract : Over the years, the term global self-worth, which discusses on the adolescent’s overall evaluation on general happiness and satisfaction, becomes important. Recent literature suggests that both the parent’s and peer’s attachments to the adolescent may be a key determinant and a positive relationship in their global self-worth. The current study aimed to examine the importance of perceived attachment in relation to the adolescent’s global self-worth. A self-report survey was administered to a total of 100 adolescents in a public middle school. The questionnaires used in the survey are from the Revised Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA-R; Gullone & Robinson, 2005) and Self-Perception Profile for Adolescents (SPPA; Harter, 2012). The validity and reliability of both questionnaires were verified. The Standard Multiple Regression analysis was conducted to determine the best predictor for the global self-worth. The results of the analysis allow us to answer the research question of the study, which indicate that the parent’s attachment makes a significant contribution to the prediction of an adolescent’s global self-worth (? = .295, p > 0.01, p < 0.05). Surprisingly, the finding revealed that there is no significant influence of peer’s attachment on the adolescent’s global self-worth. The current study also noted that the role of the parent’s attachment is important in predicting the global self-worth of an adolescent, which shows to be inconsistent with other studies. The conclusions and implications in the impact of the parent’s and peer’s attachment on the adolescent’s self-worth were discussed

Download Hit : 233

More Info | Full Paper


Performance of students’ with Learning Disabilities (LD) on Ravens’ Coloured Progressive Matrices

Shazia Iqbal Hashmi,Getrude C. Ah Gang @ Grace and Chua Bee Seok

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2016-06-28

SAPJ Code : 4100, 3010, 2030

Keywords : Performance, Learning Disabilities, Ravens’ Coloured Progressive Matrices

Abstract : The main objective of the present study was to explore the performance of students with learning disabilities on test of intellectual functioning. Apart from that, this study also focused on observing the difference in intellectual abilities among male and female students with learning disabilities as well. The participants were 80 students within the age ranges of 8- 11 years old; which consist of 47 males and 33 females diagnosed as having learning disabilities from five public schools in Kota Kinabalu, Sabah Malaysia. Raven’s Coloured Progressive Matrices (Raven, 1995) was used to assess students’ intellectual functioning. It was found that the performance of 12.5% children were on intellectually superior level, 38.5% were on definitely above average, 22.5% were on average, 11.3 % were below average, and 15% were on intellectually impaired level. As for gender difference in scores, the results of non-parametric Fisher Exact test showed that significant association between gender and children intellectual ability ( =18.94, df = 4, p < .05) was found. On the basis of observed cell frequencies, it can be concluded that male students’ performance was more towards the extreme of higher and lower ends and female students’ performance was more towards average. The differences in basic intellectual abilities determined during the present study can be used as a guideline by the responsible authorities to identify appropriate and individualized interventions which are suitable for different group of children based on their level of intellectual functioning and learning disabilities.

Download Hit : 1358

More Info | Full Paper


The Relationship Between Parental Attachment Toward Delinquent Behavior among Young Offenders

Siti Noor Fazariah Bt Suis @ Mohd Rusdy Razima Hanim Othman, Azahar Che Latif, Norhamidah Jarimal @ Safri

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2016-06-28

SAPJ Code : 2070, 4080, 5090

Keywords : Parental attachment,Delinquent behavior,Young offenders

Abstract :

This study examined the relationship between parental attachment and delinquent behavior and the differences between age ranged and delinquency types among young offenders in Sabah. A total of 92 young offenders aged 16-21 years old were selected by using purposive sampling method from rehabilitation institutions in Sabah. The revised version of Inventory of Parents and Peers Attachments (Revised-IPPA-R) and the Junger Delinquency Scale were used in this study. The correlation findings shows that there is a weak negative and significant relationship between parental attachment and delinquent behavior (r=-.337, k<0.05). Specifically, the higher the parental attachment, the lower the delinquent behavior. Discussion on the implications for young offenders, families and communities were discussed. Some suggestions on future research were also provided. 

Download Hit : 926

More Info | Full Paper


Penilaian Psikologi Profiling di antara Penglibatan Belia Lelaki dan Wanita dalam Sukan Taekwondo di Kota Kinabalu

Razima Hanim Osman, Murnizam Hj. Halik, Norlizah Matshah, Norhamidah Jarimal @ Safri

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2015-12-12

SAPJ Code : 2050, 2080, 5090

Keywords : Taekwondo,, Kemahiran-kemahiran Mental,Ottawa Mental Skills Assesment Tool-3 (OMSAT-3)

Abstract : Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penilaian psikologi profiling dari segi perkembangan kemahiran-kemahiran mental (kemahiran asas, kemahiran psiko-somatik dan kemahiran kognitif) ke atas para atlet belia lelaki dan wanita yang menyertai sukan taekwondo. Seramai 43 atlet belia yang menyertai sukan taekwondo dalam 3rd Asian University Malaysia Championship dijadikan sebagai responden. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur kemahiran-kemahiran mental adalah Ottawa Mental Skills Assessment Tool-3 (OMSAT-3). Alat kajian ini mengukur kemahiran-kemahiran mental dalam tiga kategori iaitu kemahiran asas, kemahiran psiko-somatik dan kemahiran kognitif. Hasil kajian menunjukkan peserta wanita cenderung mempunyai kemahiran psikosomatik dari segi kawalan ketakutan, manakala atlet lelaki cenderung dalam kemahiran asas. Ini bermakna, sukan taekwondo membantu dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran mental terutama belia wanita dalam pembentukan kemahiran psiko-somatik iaitu pengawalan dari segi ketakutan dan tekanan. Penglibatan dalam sukan taekwondo juga membantu dalam pembentukan kemahiran kognitif para belia wanita dalam membuat perancangan dan lebih fokus dalam menghadapi situasi yang mencabar.

Download Hit : 1524

More Info | Full Paper


LATARBELAKANG, FAKTOR PENGEKALAN DAN CARA BERFIKIR MAHASISWA LELAKI KECELARUAN IDENTITI GENDER

Puteri Hayati Megat Ahmad, Nurul Hudani Md Nawi

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2015-11-01

SAPJ Code : 2070, 4140, 5070

Keywords : latarbelakang, pengekalan, cara berfikir, kecelaruan

Abstract : Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan golongan lelaki kecelaruan identiti gender yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta dan awam di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini cuba memahami kenapa golongan ini menongkah norma, adat dan agama melalui penelitian terhadap latarbelakang, perlakuan dan cara berfikir subjek mengenai tingkah laku mereka. Pemahaman latarbelakang subjek dilakukan melalui penelitian aspek-aspek mengenai hubungan dengan ibubapa, koleksi barang kesayangan, tempat yang sering dikunjungi, fokus penampilan diri, hubungan interpersonal, ciri teman istimewa dan pandangan terhadap perkahwinan. Pengekalan perlakuan golongan ini pula difahami melalui faktor penampilan dan faktor masa lampau golongan terbabit. Pandangan subjek terhadap tingkah laku dan terhadap pandangan masyarakat membantu pengkaji memahami cara golongan ini berfikir. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temuduga berstruktur. Seramai sembilan subjek lelaki telah dipilih berdasarkan penampilan fizikal subjek dan cara pergaulan mereka. Dapatan kajian menunjukkan kesemua subjek sedar tingkah laku tersebut tidak disukai oleh ibu bapa dan kerana itu mereka menyembunyikan tingkah laku tersebut dari pengetahuan ibubapa. Faktor masa silam dan faktor penampilan telah mengukuhkan tingkah laku kecelaruan golongan ini dan sebahagian besar merasa sangat bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang.

Download Hit : 14488

More Info | Full Paper


Big-Five personality traits and its effect on Emotional intelligence among public school personnel in Malaysia

Nurul Hudani Md Nawi, Marof Redzuan, Shazia Iqbal Hashmi, Anuar Din

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2015-02-16

SAPJ Code : 2070, 2040, 2060

Keywords : Emotional intelligence, Personality traits, school leaders

Abstract : The aim of the present study was to examine the effect and contribution of Big Five personality traits towards emotional intelligence among high performance public school personnel carrying their role as school leaders. Sample of the study was comprised of 306 (Male =132; Female =174) public school personnel as leaders in their respective environments, such as principal, senior administrative assistant, senior assistant student affairs (HEM), senior assistant curriculum, the heads of the four departments set by the Ministry of Education i.e. Heads of Humanities and Religion, Science and Math, English, and Engineering & vocational as well as members of general committee from High Performance Schools (SBT) in Malaysia. Emotional Competence Inventory (ECI) and The Revised NEO Personality Inventory were used to measure EI and personality traits accordingly. Regression analysis showed that personality traits was becomes a significant predictors and contributing significantly in order explain emotional intelligence i.e. Conscientiousness (R² = .305, F= 133.528, P<0.05), Extraversion (R² = .357, F= 84.295, P<0.05), Agreeableness (R² = .414, F= 71.151, P<0.05), and Openness to experiences (R² = .428, F= 56.196, P<0.05). The finding revealed that all four personality traits emerged as significant predictors of emotional intelligence. The finding also revealed that Conscientiousness emerged as best predictor of emotional intelligence. However, different traits play differential roles in predicting the emotional intelligence. Keeping in view the implications of personality traits towards EI among school personnel as leaders, finding of the present research can help to improve overall organizational behaviour and productivity resulting in optimum service delivery to the stakeholders within educational system in Malaysia.

Download Hit : 3752

More Info | Full Paper



Page  < 1 2 3 4 > 

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**