Journal Detail


Journal Title
Hubungan di antara dimensi personaliti, Konsep Kendiri dan pengaruh keluarga ke atas pencapaian pelajar di Rancangan Skim Felda, Johor.
SAPJ Code
1010, 5020, 4090
Download Hit
0
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dimensi personaliti, Konsep Kendiri dan pengaruh keluarga di Tanah Perancangan FELDA. Seramai 214 pelajar dari dua sekolah menengah di Tanah perancangan FELDA di Johor telah dipilih secara rawak kelompok untuk menjadi responden dalam kajian ini. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 pelajar untuk menguji kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Instrumen yang digunakan untuk menguji dimensi personaliti pelajar dalam kajian ini adalah Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu yang mempunyai kebolehpercayaan 0.5739. Untuk mengukur Konsep Kendiri pelajar dalam kajian ini Skala Konsep Kendiri Tennessee yang mempunyai kebolehpercayaan 0.8657 telah digunakan. Instrumen yang mengukur tahap pengaruh keluarga mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.7913. Instrumen ini mengukur aspek kesepaduan keluarga, keagamaan dan moral serta kebebasan. Statistik  deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa hubungan di antara dimensi personaliti, Konsep Kendiri dengan pengaruh keluarga. Analisis dijalankan pada aras signifikan .01. Hasil analisis menunjukkan satu hubungan yang lemah antara dimensi personaliti dengan Konsep Kendiri serta dengan kesepaduan keluarga. Tidak terdapat perhubungan antara dimensi personaliti dan aspek keagamaan dan moral serta kebebasan. Kajian juga menunjukkan Konsep Kendiri mempunyai  perhubungan signifikan yang positif dan kuat dengan kesepaduan keluarga serta pehubungan signifikan yang sederhana kuat dengan aspek keagamaan dan moral. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perhubungan antara Konsep Kendiri dengan aspek kebebasan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mempertingkatkan penglibatan keluarga dalam kehidupan anak mereka. Antaranya adalah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di sekolah anak mereka.

Download

About Author


Author Name
Prof. Madya. Dr.. Azizi Yahaya
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**