Journal Detail


Journal Title
KAJIAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR- PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH MERSING BERASASKAN SENARAI SEMAK MOONEY: SATU KAJIAN LANJUTAN
SAPJ Code
1010, 2040, 1050
Download Hit
1284
Abstract

Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama,  pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A melibatkan demografi pelajar dan bahagian B melibatkan maklum balas pelajar terhadap elemen permasalahan. Maklum balas yang diterima dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α = .895. Hasil kajian menunjukkan tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah daerah Mersing berada pada tahap sederhana (min = 3.20). Permasalahan akademik dan kerjaya merupakan permasalahan yang paling utama (min = 3.82) serta tidak terdapat perbezaan permasalahan pelajar mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah tetapi terdapat perbezaan permasalahan agama dan moral mengikut bangsa (k = .01 < α = .05) dan terdapat perbezaan permasalahan persekolahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang dikaji mengikut jantina (k = .004 < α = .05) dan lokasi sekolah (k = .002 < α = .05). Ini bermakna pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Mersing perlu dibantu bagi mengurangkan permasalahan akademik dan kerjaya, serta tumpuan boleh diberi bagi permasalahan agama dan moral mengikut bangsa dan persekolahan mengikut lokasi sekolah.

Download

About Author


Author Name
Prof. Madya. Dr.. Azizi Yahaya
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**