Journal Detail


Journal Title
KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR, KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU, KOMPETENSI PERIBADI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI PENGAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PEDALAMAN SABAH
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
421
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh daerah di zon Pedalaman, Sabah. Persampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala persampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan pada aras sederhana kuat antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan efikasi pengajaran guru (r=.514), hubungan yang signifikan pada aras kuat antara kompetensi profesionalisme guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.790) dan hubungan yang signifikan pada aras kuat bagi kompetensi peribadi guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.806).
Download

About Author


Author Name
Dr. Roslee Bin Talip
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**