Journal Detail


Journal Title
POLA MINAT KERJAYA DAN PENYESUAIAN KERJAYA PELATIH KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/I DI UNIVERSITI AWAM
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
4374
Abstract
Pemilihan kerjaya yang selari dengan minat kerjaya mampu memberikan penyesuaian kerjaya yang baik pada masa hadapan. Penyesuaian kerjaya melibatkan keupayaan individu berkaitan dengan cakna diri (concern), kawalan diri (control), sifat ingin tahu (curiosity) dan keyakinan diri (confidence). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola minat kerjaya dan penyesuaian kerjaya pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS) di sebuah Universiti Awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif iaitu analisis yang digunakan adalah Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan. Sampel kajian ini terdiri daripada 102 orang pelatih Kor SUKSIS di sebuah Universiti Awam di Selangor. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pola minat kerjaya adalah Vocational Preference Inventory (VPI). Manakala, bagi penyesuaian kerjaya instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Keputusan kajian mendapati majoriti responden mempunyai minat kerjaya dominan bagi kategori Sosial (S), Investigatif (I) dan Enterprising(E). Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan minat kerjaya antara jantina perempuan dan lelaki di mana lelaki lebih dominan kepada Sosial (S), Enterprising (E) dan Investigatif (I). Manakala perempuan lebih dominan kepada Sosial (S), Investigatif (I) dan Konvensional (K). Di samping itu, tahap penyesuaian kerjaya responden berada pada tahap sederhana dan tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar berada di tahap yang rendah. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan Kor SUKSIS terhadap cara pengambilan dan pemilihan pelatih yang memiliki tret personaliti yang lebih sesuai dan diperlukan untuk menjadi seorang anggota Polis DiRaja Malaysia. Cadangan kajian susulan hendaklah menjalankan kajian berbentuk kualitatif bagi memahami faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam persatuan badan beruniform.
Download

About Author


Author Name
. Maisarah Mohd Wahed
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**