Journal Detail


Journal Title
HUBUNGAN ANTARA PENYESUAIAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
2228
Abstract
Penyesuaian kerjaya merupakan suatu proses yang perlu dilalui oleh setiap individu merangkumi sikap, kompetensi dan tingkah laku yang digunakan oleh individu bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan. Sokongan sosial pula adalah sokongan dari keluarga, rakan dan individu signifikan yang menyumbang kepada kesejahteran diri dalam proses membuat penyesuian kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis deskriptif dan korelasi bagi mengukur tahap dan hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Seramai 83 orang guru pelatih di sebuah universiti awam yang sedang dalam persediaan untuk menjalani internship terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS) bagi mengukur penyesuaian kerjaya dan Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur sokongan sosial. Statistik yang digunakan untuk menjawab objektif adalah secara deskriptif (Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan), dan inferensi (Pearson Corelation). Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial dalam kalangan guru pelatih berada di tahap yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penyesuaian dan sokongan rakan r = .216, p < .05. Bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penyesuaian kerjaya dengan sokongan keluarga r = .127, p > .05. dan sokongan individu signifikan, r = .048, p > .05. Kajian ini memberi implikasi terhadap peranan kaunselor dalam membangunkan program kerjaya pelajar dari aspek penyesuaian dan sokongan sosial. Cadangan kajian ini adalah (i) kaunselor perlu mengetahui dan berkemahiran dalam penggunaan sesuatu instrumen; dan (ii) kajian lanjutan hendaklah memberi tumpuan kajian berbentuk eksperimen bagi mengukur kesan terhadap sesuatu program kerjaya yang dilaksanakan.
Download

About Author


Author Name
. Siti Hashimah Ghazali
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**