Journal Detail


Journal Title
PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM KALANGAN REMAJA PEREMPUAN SEKOLAH AGAMA
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
14867
Abstract
Emosi yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk memberi fokus kepada akademik dan mengalami masalah perhubungan dengan rakan-rakan. Artikel ini melaporkan satu pendekatan kaunseling psikopendidikan yang dilaksanakan bertujuan membantu pelajar meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mengawal emosi diri dengan cara yang lebih berkesan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kelompok terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah agama. Sebanyak lima sesi kaunseling kelompok pengurusan emosi telah dijalankan secara bersemuka bersama dengan fasilitator dari Program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Setiap sesi mengambil masa selama 40 hingga 45 minit. Sesi kelompok ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kaunseling kelompok, melukis, menjawab senarai semak kestabilan emosi dan aktiviti menggunakan belon. Dapatan kajian menunjukkan kaunseling kelompok psikopendidikan ini memberi impak yang positif dalam membantu mereka mengurus dan mengawal emosi sendiri. Kajian ini menyokong penggunaan aktiviti psikopendidikan kelompok oleh kaunselor dalam menyediakan program yang berkualiti untuk kesejahteraan psikologi remaja.
Download

About Author


Author Name
. Ummur Radhiah Hussin
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**