Journal Detail


Journal Title
PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
5373
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendidikan psiko dalam kaunseling kelompok untuk meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran psikomotor dan kesedaran dari aspek pengurusan diri pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi dan menjalankan empat kali sesi kaunseling kelompok. Sample kelompok terdiri daripada 13 orang pelajar PPKI. Kesemua pelajar mempunyai perbezaan kecacatan iaitu autisme dan masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok semakin terbuka dan selesa untuk berinteraksi sepanjang kelompok psikopendidikan dijalankan. Penerapan elemenelemen kaunseling kelompok pendidikan psiko untuk meningkatkan kemahiran interaksi sosial pelajar dilihat berjaya membantu pelajar untuk berani membuat pendedahan kendiri dan berinteraksi. Pelajar juga mampu membuat pendedahan kendiri berkaitan pengurusan diri sekaligus dapat mengetahui tahap kesedaran pengurusan diri bagi setiap pelajar. Perubahan dalam kemahiran psikomotor melalui pendidikan psiko ini memberi implikasi kepada guru PPKI untuk menjalankan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Oleh itu, kelompok psikopendidikan ini perlu dijalankan secara berkala untuk mendapatkan hasil yang optimum dan berpanjangan.
Download

About Author


Author Name
. Fatin Athirah Azman
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**