Journal Detail


Journal Title
PERBEZAAN GENDER DALAM PENCAPAIAN MURID: KAITANNYA DENGAN KETERLIBATAN MURID DAN SOKONGAN PEMBELAJARAN
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
7157
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmana keterlibatan murid berkait dengan pencapaian akademik berdasarkan gender. Ia juga meninjau sama ada sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid mempunyai kaitan terhadap pencapaian berdasarkan gender. Survei keratan rentas digunakan untuk mengumpul data yang melibatkan keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 800 orang murid yang berumur 16 tahun (lelaki n = 400 dan perempuan n = 400) dari sekolah menengah kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah Kuala Selangor. Instrumen tinjauan keterlibatan murid di sekolah (The Student Engagement Scale, Lam et al.,2009) merupakan instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai digunakan bagi menentukan tahap hubungan dan analisis inferensi MANOVA serta Ujian-t dijalankan untuk menentukan perbezaan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid lelaki dan perempuan terhadap pencapaian akademik. Murid perempuan mempunyai sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid yang lebih tinggi berbanding lelaki. Pencapaian murid adalah berbeza antara gender. Hasil kajian ini dapat memberi kefahaman terhadap isu keterlibatan murid di sekolah. Ia juga boleh menjadi sumber maklumat bagi penyusunan semula strategi sedia ada dan merancang program-program yang lebih baik agar dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan mengurangkan jurang perbezaan gender terhadap pencapaian dalam kalangan murid sekolah.
Download

About Author


Author Name
. Norzaini Azman
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**