Journal Detail


Journal Title
KETAGIHAN MEROKOK DAN TINGKAH LAKU AGRESIF DALAM KALANGAN REMAJA MOROKOK DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI PERAK
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
596
Abstract
Ketagihan merokok dan tingkah laku agresif merupakan hasil daripada perkembangan remaja yang tidak sihat. Antara faktor yang memberi kesan kepada perkembangan tingkah laku remaja ialah faktor demografi dan status sosioekonomi (SES). Namun masih kurang kajian yang mengaitkan ketagihan merokok dengan tingkah laku agresif serta dengan faktor sosiodemografi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan ketagihan merokok dan tingkah laku agresif dan perbezaan dari aspek demografi dan status sosioekonomi (SES). Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan kepada 109 orang remaja berumur 13, 14, dan 16 tahun yang merokok. Soal selidik The Hooked on Nicotine Checklist (HONC) dan The Reactive – Proactive Questionnaire (RPQ) digunakan untuk mengukur ketagihan merokok dan tingkah laku agresif manakala aspek sosiodemografi dilihat secara deskriptif. Ujian Kolerasi Pearson, ANOVA Sehala, dan Ujian-t sampel bebas digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan ketagihan merokok dengan tingkah laku agresif remaja merokok. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan ketagihan merokok berdasarkan tahap ketagihan nikotin. Kajian secara kualitatif perlu dijalankan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih menyeluruh.
Download

About Author


Author Name
. Muhammad Razlan Bin Mat Ghani
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**