Journal Detail


Journal Title
HUBUNGAN GAYA ASUHAN IBU BAPA DENGAN KECERDASAN EMOSI REMAJA AWAL
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
3114
Abstract
Gaya asuhan yang diterima oleh anak-anak sewaktu mereka kecil akan memberi kesan kepada perlakuan dan gaya berfikir kanak-kanak terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja awal. Kajian yang dijalankan di sekitar Sabah ini melibatkan 108 orang remaja lelaki dan perempuan yang berumur di antara 12 hingga 15 tahun. Borang soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A untuk memerihal ciri demografi responden yang dikaji; Bahagian B ialah Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa dan, Bahagian C ialah The Assessing Emotions Scale (AES) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emos remaja. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dan ujian kolerasi sampel bebas menggunakan IBM SPSS versi 27. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga jenis gaya asuhan ibu bapa iaitu autoritarian (r = .462), autoritatif (r = .456) dan permisif (r = .354) dengan kecerdasan emosi remaja awal.
Download

About Author


Author Name
. Norhamidah binti Jarimal @ Safri
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**