Journal Detail


Journal Title
KEBOLEHAN BERADAPTASI INDIVIDU DAN KEBAHAGIAAN: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA MALAYSIA DAN INDONESIA
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
747
Abstract
Kebolehan beradaptasi dalam kalangan mahasiswa kurang mendapat perhatian sedangkan ianya penting bukan sahaja ketika menuntut ilmu bahkan dalam menempuh alam pekerjaan juga. Ianya juga penting untuk memahami keadaan sebenar yang dihadapi mahasiswa ketika ini berikutan perubahan drastik sistem pendidikan yang tertumpu kepada interaksi atas talian. Turut menjadi perhatian tentang isu kesihatan mental yang dilihat meningkat dalam kalangan pelajar universiti bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia sehingga menjadi tanda tanya tentang tahap kebahagiaan mahasiswa pada ketika ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kebolehan beradaptasi dan kebahagiaan dalam kalangan mahasiswa di negara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan seramai 120 responden dari Malaysia dan Indonesia telah terlibat dengan kajian ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah I-Adapt Measure dan positive and negative affective schedule (PANAS). Keputusan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara adaptasi dan subskala krisis, budaya, interpersonal,pembelajaran, fizikal, kreativiti dan ketidakpastian antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Namun begitu terdapat perbezaan dari segi subskala tekanan antara Malaysia dan Indonesia. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan kebahagian dari segi subskala emosi negatif antara Malaysia dan Indonesia. Keputusan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kebahagian dari segi subskala emosi positif antara Malaysia dan Indonesia. Namun dilihat bahawa mahasiswa Indonesia mempunyai tingkat kebahagiaan yang lebih tinggi kerana kurang memiliki emosi negatif. Dilihat bahawa kebolehan beradaptasi juga mempunyai hubungan signifikan terhadap kebahagiaan. Kajian seperti ini perlu dilakukan dengan memperluaskan lagi lokasi kajian iaitu melibatkan mahasiswa darinegara-negara Asia yang lain. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.
Download

About Author


Author Name
Dr. Norzihan Binti Ayub
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**