Journal Detail


Journal Title
PENGARUH KECERDASAN EMOSI TERHADAP KEJELEKITAN KELOMPOK KERJA DALAM PASUKAN BOLA SEPAK
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
151
Abstract
Kejelekitan kelompok kerja adalah perasaan daya tarik ahli kelompok untuk terus kekal sebagai ahli dan merasa menjadi sebahagian dari kelompok. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam pasukan bola sepak di Malaysia. Manakala objektif sampingannya pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan faktor demografi iaitu umur dan status perkahwinan. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dimana analisis berbentuk deskriptif dijalankan bagi melihat demografi sampel dan analisis inferensi iaitu regresi bagi mengenalpasti pengaruh kecerdasan emosi terhadap kejelekitan kelompok kerja serta ANOVA bagi mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja. Sampel adalah 252 orang pemain bola sepak bagi Liga Perdana dan Liga Super. Kajian ini menggunakan borang soal selidik Schutte Emotional Intelligence Scale (SEIS) dan Group Cohesiveness Scale. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan diantara kecerdasan emosi bagi domain mengurus emosi sendiri dengan kejelekitan kelompok kerja dimana ?= 0.172, t=2.758, k < 0.05. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur dan status perkahwinan pemain.
Download

About Author


Author Name
. Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**