Journal Detail


Journal Title
KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
215
Abstract
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik. Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian. Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah. Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.
Download

About Author


Author Name
Mr. MOHD FAQHRULLAH BIN KHAMIS
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**