Journal Detail


Journal Title
LATARBELAKANG, FAKTOR PENGEKALAN DAN CARA BERFIKIR MAHASISWA LELAKI KECELARUAN IDENTITI GENDER
SAPJ Code
2070, 4140, 5070
Download Hit
36519
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan golongan lelaki kecelaruan identiti gender yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta dan awam di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini cuba memahami kenapa golongan ini menongkah norma, adat dan agama melalui penelitian terhadap latarbelakang, perlakuan dan cara berfikir subjek mengenai tingkah laku mereka. Pemahaman latarbelakang subjek dilakukan melalui penelitian aspek-aspek mengenai hubungan dengan ibubapa, koleksi barang kesayangan, tempat yang sering dikunjungi, fokus penampilan diri, hubungan interpersonal, ciri teman istimewa dan pandangan terhadap perkahwinan. Pengekalan perlakuan golongan ini pula difahami melalui faktor penampilan dan faktor masa lampau golongan terbabit. Pandangan subjek terhadap tingkah laku dan terhadap pandangan masyarakat membantu pengkaji memahami cara golongan ini berfikir. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temuduga berstruktur. Seramai sembilan subjek lelaki telah dipilih berdasarkan penampilan fizikal subjek dan cara pergaulan mereka. Dapatan kajian menunjukkan kesemua subjek sedar tingkah laku tersebut tidak disukai oleh ibu bapa dan kerana itu mereka menyembunyikan tingkah laku tersebut dari pengetahuan ibubapa. Faktor masa silam dan faktor penampilan telah mengukuhkan tingkah laku kecelaruan golongan ini dan sebahagian besar merasa sangat bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang.
Download

About Author


Author Name
Lecturer. PUTERI HAYATI MEGAT AHMAD
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**