Journal Detail


Journal Title
PROSES PEMBENTUKAN INSTRUMEN KEBAHAGIAAN SUBJEKTIF ORANG KURANG UPAYA-FIZIKAL (IKSOKU-F)
SAPJ Code
3010, 3060, 2100
Download Hit
5168
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membentuk Instrumen Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal (IKSOKU-F). Instrumen ini terdiri daripada dua skala iaitu Skala Dimensi Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal (SDKSOKU-F) dan Skala Sumber Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal (SSKSOKU-F). Seramai 29 OKU-Fizikal (20 lelaki & 9 perempuan) yang berumur antara 18 hingga 55 tahun dijadikan responden kajian. Seramai 15 orang (51.7%) responden dikategorikan sebagai hilang keupayaan fizikal secara congenital dan 14 orang (48.3%) dikategori sebagai hilang keupayaan fizikal secara acquired. Dari segi jenis kekurangupayaan fizikal: kecederaan saraf tunjang (34.5%), limb defect congenital (17.3%), putus kaki (10.3%), polio (10.3%), cerebral palsy (10.3%), Guillain–Barré syndrome, GBS, kerdil, limb defect acquired, spastik, dan kecederaan saraf tunjang dan putus kaki (OKU-F pelbagai) masing-masing seorang (3.4%). Proses pembentukan Instrumen Kebahagiaan Orang Kurang Upaya-Fizikal (IKSOKU-F) adalah berdasarkan dapatan kajian fasa kualitatif menggunakan grounded theory. Dalam kajian kualitatif grounded theory, kategori teras yang ditemui adalah kebahagiaan subjektif yang mempunyai enam dimensi iaitu kepuasan, kendiri, makna hidup, emosi, kesejahteraan rohani dan pemikiran positif. Sementara itu, terdapat 10 sumber atau faktor kebahagiaan OKU-F yang dijangka memberi pengaruh kepada kebahagiaan subjektif OKU-F iaitu interaksi sosial, sokongan penjaga/keluarga, sokongan rakan, sokongan institusi, sokongan peralatan, kebolehaksesan, kesaksamaan, pencapaian, kebebasan, dan kesihatan fizikal. Kategori dan properties yang berjaya diperoleh dalam kajian kualitatif grounded theory kemudiannya digunakan untuk membina item bagi mengukur dimensi dan sumber kebahagiaan OKU-F. Terdapat dua panduan dan rujukan penting dalam proses pembinaan item daripada dapatan kajian kualitatif iaitu daripada Creswell dan Plano Clark (2011) dan Rosenbaum (2011). Kedua-dua panduan dan rujukan tersebut memberi fokus kepada cara membina item hasil daripada dapatan kajian kualitatif grounded theory. Creswell dan Plano-Clark (2011) menyatakan bahawa penyelidik mixed methods boleh menggunakan kategori teras sebagai konstruk kuantitatif, kategori umum sebagai skala yang boleh diukur, kod individu digunakan sebagai pembolehubah, dan kenyataan spesifik daripada individu boleh digunakan sebagai item spesifik atau pernyataan dalam instrumen (Creswell & Plano Clark, 2011: 188 & 246). Rosenbaum (2011) telah memberi contoh ilustrasi bagaimana item dapat dibina hasil daripada kajian kualitatif grounded theory. Penerangan lebih lanjut dibincangkan dalam penulisan artikel ini. Pembentukan IKSOKU-F membolehkan OKU-F mengetahui dimensi dan sumber kebahagiaan mereka dengan cara yang lebih saintifik dan objektif.

Download

About Author


Author Name
Mr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**