Journal Detail


Journal Title
Pengaruh Harapan Terhadap Anak dan Sokongan Sosial ke atas Kesejahteraan Subjektif Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Pembelajaran
SAPJ Code
4010, 0, 0
Download Hit
1118
Abstract
Golongan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak kurang upaya pembelajaran. Kajian lepas mengenai ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa termasuklah risiko yang melibatkan aspek kesejahteraan fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, golongan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya ini telah memberikan bukti yang berbeza-beza dalam aspek kesihatan mental yang akhirnya menggalakkan lagi penyelidikan yang memberi fokus khususnya kepada aspek-aspek positif termasuklah kesejahteraan subjektif. Mengetahui kesejahteraan subjektif ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk dipenuhi memandangkan golongan ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya ini adalah sebahagian daripada peratus yang signifikan dalam populasi dunia. Bagi memenuhi dan memahami keperluan tersebut, satu kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dijalankan untuk menguji pengaruh faktor harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran. Hasil kajian ke atas seramai 328 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran menunjukkan kedua-dua faktor tersebut memberi pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa. Dapatan kajian ini mencadangkan harapan terhadap anak dan sokongan sosial sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan subjektif dalam kalangan ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya pembelajaran.
Download

About Author


Author Name
. Calistina Ubeh
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**