Journal Detail


Journal Title
Pengaruh Jangkaan Ibu Bapa terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam Kalangan Ibu Bapa di Sabah
SAPJ Code
2030, 0, 0
Download Hit
1508
Abstract
Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ia dilihat saling berkaitan. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa di Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel dijalankan secara rawak yang melibatkan dua daerah sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Ujian regresi mudah dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dengan menyumbang sebanyak 34.6 peratus varians. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yang tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai.
Download

About Author


Author Name
. Abdul Adib Asnawi
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**