Journal Detail


Journal Title
Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi Kognitif–Tingkah Laku
SAPJ Code
2030, 0, 0
Download Hit
24259
Abstract
Kajian ini berasaskan masalah peminggiran yang dilakukan oleh pentadbir sekolah rendah terhadap murid-murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan rendah. Sekolah yang dijadikan sampel dalam kajian ini menjalankan sistem pengaliran dengan ketat dan pada masa yang sama memberi perhatian khas kepada murid-murid yang dijangka mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pendekatan Terapi Kognitif-Tingkah laku (Cognitive-Behavioral Therapy) Model Kajian Tindakan Kaunseling Elliot (1991) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 50 orang murid terpinggir telah diberikan perhatian melalui bimbingan kerja rumah, kaunseling individu, kaunseling kelompok, terapi muzik dan lukisan, serta mengikuti kem motivasi pada hujung minggu. Pada masa yang sama, ibu bapa murid turut diberikan khidmat kaunseling secara kelompok dan individu serta bimbingan keibubapaan. Dalam tempoh tiga bulan program ini dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi konsep kendiri kanak-kanak, tingkah laku masteri dalam bilik darjah dan pencapaian murid yang lebih memberansangkan dalam tiga subjek yang diukur, iaitu, bacaan, matematik dan Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pelajaran di sekolah boleh mengalami penambahbaikan tingkah laku dan peningkatan pencapaian akademik jika diberi perhatian sewajarnya. Ini juga boleh menolak tanggapan bahawa golongan murid yang sederhana pencapaian mereka dalam akademik merupakan kumpulan kanak-kanak yang boleh mencacatkan reputasi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Download

About Author


Author Name
. Johari Talib
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**