Journal Detail


Journal Title
Perkaitan antara Perapatan Ibubapa dan Rakan Sebaya dengan Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah di Sabah
SAPJ Code
2030, 0, 0
Download Hit
820
Abstract
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada masa kini bukan lagi suatu masalah yang harus dipandang ringan oleh semua masyarakat. Fenomena dan keadaan ini menjadi satu masalah yang getir dalam melihat kemajuan dan perkembangan remaja masa kini. Penglibatan remaja dalam masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial mereka, malah ianya turut merangkumi aspek keruntuhan moral dan akhlak. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengkaji perkaitan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Responden yang terlibatkan dalam kajian ini adalah seramai 533 orang yang terdiri daripada kalangan remaja lelaki dan perempuan. Tempat kajian adalah di tiga klinik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sabah iaitu AADK Sandakan, AADK Tawau, dan AADK Kota Kinabalu. Pemilihan resoponden adalah mereka yang telah dikenalpasti pernah mendapatkan rawatan di Klinik AADK bagi kawasan tersebut. Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian korelasi untuk melihat hubungan dan ujian ANOVA sehala bagi melihat perbezaan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkanterdapat hubungan yang signifikan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut umur. Implikasi dan cadangan untuk kajian akan datang turut dicadangkan.
Download

About Author


Author Name
Lecturer. Azahar Che Latiff
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**