Journal Detail


Journal Title
Mengapa Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Mempunyai Masalah Kesihatan Mental?
SAPJ Code
2070, 0, 0
Download Hit
4817
Abstract
Membesarkan anak kurang upaya adalah satu cabaran yang unik dimana ibu bapa perlu belajar kaedah keibubapaan yang baru dan sentiasa beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku pada anak. Kepelbagaian cabaran dalam membesarkan anak kurang upaya fizikal ini mendatangkan tekanan dan psikologikal distres kepada kedua-dua ibu bapa. Cabaran ini ditambah lagi dengan kehidupan di luar bandar yang serba kekurangan dari segi akses ke atas perkhidmatan kesihatan dan lokasi yang jauh dari bandar. Kajian mengenai penerokaan masalah kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar masih kurang dijalankan terutamanya di Sabah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai masalah kesihatan mental, dan jika ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental, apakah faktornya. Kajian ini terdiri daripada dua tahap iaitu, kajian saringan kesihatan mental menggunakan psychology distress scale (fasa 1) dan kajian induktif menggunakan kaedah kajian kes pelbagai, fasa 2. Dalam fasa 1, psychology distress scale telah diedarkan kepada 30 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal. Hasil saringan mendapati 33.3 peratus (10 orang) ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental tahap tinggi (severe). Daripada 10 orang ibu bapa ini, seramai enam orang ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal (pelbagai jenis ketidakupayaan fizikal) dipilih menggunakan persempelan teoritikal untuk ditemubual bagi meneroka faktor yang menjejaskan kesihatan mental mereka. Data kualitaitf telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 7.0. Hasil analisis membentuk empat kategori utama mengenai faktor yang menjejaskan kesihatan mental iaitu; masalah penerimaan, masalah kesihatan anak, kesan hidup di luar bandar dan masalah kewangan. Ketegori utama ini kemudian dibuktikan dengan pembentukan proposisi teoritikal menggunakan kaedah perbandingan berterusan antara data dan proposisi teoritikal yang dibentuk. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan bahawa pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk meringankan beban tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.
Download

About Author


Author Name
. Lineker ak Takom
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**