Journal Detail


Journal Title
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK BERKEPERLUAN KHAS DI SARAWAK
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
2301
Abstract
Sejak daripada anak di diagnosis dengan keperluan khas sama ada fizikal, pendengaran, dan pembelajaran, pelbagai inisiatif telah diambil ibu bapa bagi membantu perkembangan anak mereka agar dapat membesar dengan baik bagi memenuhi harapan ibu bapa terhadap anak, terutamanya harapan agar anak boleh berdikari tanpa bantuan penuh daripada individu lain. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengenalpasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak berkeperluan khas dan (2) mengenalpasti faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa. Kajian kualitatif ini mengumpul data melalui temu bual. Informan kajian merupakan 7 orang ibu dan seorang bapa kepada anak yang terlibat dalam Program Transisi ke Kerjaya Individu Berkeperluan Khas. Anak-anak mereka terdiri daripada keperluan khas fizikal, keperluan khas pendengaran, dan keperluan khas pembelajaran. Hasil temu bual mendapati harapan ibu bapa terdiri daripada 4 tema iaitu harapan terhadap diri anak, harapan terhadap pendidikan anak, harapan terhadap kerjaya anak, dan harapan terhadap hubungan anak dengan individu sekeliling. Faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa pula terdiri daripada 3 tema iaitu lokaliti, sosioekonomi ibu bapa, dan pengetahuan ibu bapa tentang kemudahan yang ada untuk individu berkeperluan khas. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar ibu bapa berkolaborasi dengan ahli profesional pelbagai disiplin dalam merancang masa hadapan anak yang realistik bersesuaian dengan keadaan anak dan keperluan pasaran kerja semasa.
Download

About Author


Author Name
Cik. Dayang Dayana
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**