Journal Detail


Journal Title
PENYALAHGUNAAN KETUM DALAM KALANGAN REMAJA FELDA: SATU KAJIAN DI PERLIS
SAPJ Code
0, 0, 0
Download Hit
2666
Abstract
Penyalahgunaan ketum bukanlah suatu isu yang baharu dalam masyarakat kita pada hari ini. Di media-media massa banyak memaparkan berita-berita berkenaan dengan penyalahgunaan ketum. Apa yang membimbangkan, isu ini juga melibatkan golongan remaja yang merupakan pelapis pada pembangunan negara pada masa hadapan. Jadi, kajian ini bertujuan untuk meneroka penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja Felda. Seramai 5 orang individu yang terdiri daripada remaja Felda telah dijadikan sebagai subjek dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan temubual semi struktur bertujuan meneroka secara mendalam mengenai faktor-faktor penglibatan remaja Felda dalam penyalahgunaan ketum dan juga mengkaji trend penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja Felda. Teori Pembelajaran Sosial dan juga Teori Ekologi digunakan oleh pengkaji sebagai kerangka memahami faktor-faktor penyalahgunaan ketum dan juga trend penggunaan air ketum dalam kalangan remaja Felda. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi remaja Felda dalam terlibat dengan penyalahgunaan ketum. Antaranya ialah rakan sebaya, sikap ingin mencuba, kesihatan dan ingin mendapatkan kekuatan fizikal. Manakala trend yang dikenalpasti adalah dari cara pengambilan, kelompok rakan sebaya dan juga persekitaran. Jadi, berdasarkan dapatan yang diperolehi, isu penyalahgunaan ketum ini perlu dihat secara serius agar masa hadapan golongan belia Felda lebih terjamin pada masa hadapan dalam meneruskan legasi pembangunan Felda.
Download

About Author


Author Name
Qualitative. Noor Aizidawanie Binti Tahir
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**