Journal Detail


Journal Title
Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sosial Penjagaan Warga Tua dalam Pelbagai Etnik di Sabah
SAPJ Code
2070, 0, 0
Download Hit
6567
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara intergenerasi dengan sokongan psikologi dan sosial dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Terdapat tiga set soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998) bagi mengukur hubungan intergenerasi. Manakala soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) digunakan bagi mengukur sokongan psikologi dan akhir sekali alat ukuran Social Support Questionnaire (SSQ) yang dibangunkan oleh Sarason, Levine, Basham (1983) digunakan bagi mengukur sokongan sosial. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585, k<0.05) manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi (r=.344,k>0.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berkorelasi dengan intergenerasi berbanding sokongan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu berkaitan aspek sosial dan psikologi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.
Download

About Author


Author Name
LECTURER. NURUL HUDANI MD NAWI
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**