Journal Detail


Journal Title
Keberkesanan Intervensi Terapi Sandtray untuk Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak
SAPJ Code
2030, 0, 0
Download Hit
2445
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi sandtray dalam meningkatkan estim kendiri kanak-kanak. Subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka (n=32). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan pemilihan subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan dalam dua kelompok iaitu kelompok sandtray (n=16) untuk kumpulan eksperimen, yang menerima terapi sandtray berbanding dengan kumpulan kawalan (n=16)yang tidak menerima sebarang rawatan. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Inventori estim kendiri yang dibangunkan oleh Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22 menggunakan Manova Pengukuran Berulang, pra-ujian dan instrumen pasca ujian. Keputusan dari ujian Pillai Trace multivariate menunjukkan kesan utama pembolehubah utama dari ujian pasca adalah signifikan (F [5, 11] = 41.37, p <.05). Pengujian Univariat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari pembolehubah bebas (sandtray therapy) dengan rendah diri (F [1, 15] = 49.85, ? <.05); pendiam (F [1, 15] = 63.64, ? <.05); pemalu (F [1, 15] = 82.92, ? <.05) dan bimbang (F [1, 15] = 80.07, ? <.05). Transkripsi temu bual juga digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan estim kendiri subjek kajian. Kanak-kanak dapat menyatakan pelbagai emosi, dapat berkomunikasi dengan baik, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap estim kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan pembentukan estim kendiri kanak-kanak.
Download

About Author


Author Name
Prof. Madya. Dr.. Azizi Yahaya
Background
Website
Blog

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**