Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page ‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›

Perkaitan antara Perapatan Ibubapa dan Rakan Sebaya dengan Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah di Sabah

Azahar Che Latiff, Balan Rathakrishnan, Norhamidah Jarimal@Safri, Siti Noor Fazariah Suis@Mohd Rusdy, Surianti Lajuma

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Perapatan, Ibubapa, Rakan Sebaya, Remaja, Penyalahgunaan Dadah

Abstract : Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada masa kini bukan lagi suatu masalah yang harus dipandang ringan oleh semua masyarakat. Fenomena dan keadaan ini menjadi satu masalah yang getir dalam melihat kemajuan dan perkembangan remaja masa kini. Penglibatan remaja dalam masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial mereka, malah ianya turut merangkumi aspek keruntuhan moral dan akhlak. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengkaji perkaitan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Responden yang terlibatkan dalam kajian ini adalah seramai 533 orang yang terdiri daripada kalangan remaja lelaki dan perempuan. Tempat kajian adalah di tiga klinik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sabah iaitu AADK Sandakan, AADK Tawau, dan AADK Kota Kinabalu. Pemilihan resoponden adalah mereka yang telah dikenalpasti pernah mendapatkan rawatan di Klinik AADK bagi kawasan tersebut. Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian korelasi untuk melihat hubungan dan ujian ANOVA sehala bagi melihat perbezaan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkanterdapat hubungan yang signifikan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut umur. Implikasi dan cadangan untuk kajian akan datang turut dicadangkan.

Download Hit : 10847

More Info | Full Paper


Family Expressiveness and Relation to Birth Order among Chinese Young Adults in Universiti Malaysia Sabah: A Preliminary Analysis

Chew Ying Hui, Grace Wong Ying Heng, Tan Pyn Ting, Chao Tung Yin, Walton Wider

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Family Expressiveness, Birth Order, Chinese Young Adult

Abstract : A small number of research has examined the links between the degree of family expressiveness and its relation to birth order. In this preliminary study, 45 Chinese young adults were examined and grouped into three different birth orders (15 first-born, 15 middle-born, and 15 later-born). The respondents completed the Family Expressiveness Questionnaire (FEQ) which contains 40-item that assesses the emotional expressiveness towards one’s family of origin. The expressiveness subscale measures the extent to which family members openly and directly express their emotions. Results indicated that Chinese young adults in Universiti Malaysia Sabah (UMS) have greater frequency and intensity of positive submissive. Furthermore, the family expressiveness among the first-borns and later-borns scored highest on the positive submissive, whereas the middle-borns scored highest on the positive dominant.

Download Hit : 1078

More Info | Full Paper


Mengapa Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Mempunyai Masalah Kesihatan Mental?

Lineker ak Takom, Ferlis Bullare@Bahari, Nurul Hudani Mohd. Nawi

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Ibu bapa, Membesarkan anak kurang upaya fizikal, Masalah kesihatan mental, Luar bandar

Abstract : Membesarkan anak kurang upaya adalah satu cabaran yang unik dimana ibu bapa perlu belajar kaedah keibubapaan yang baru dan sentiasa beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku pada anak. Kepelbagaian cabaran dalam membesarkan anak kurang upaya fizikal ini mendatangkan tekanan dan psikologikal distres kepada kedua-dua ibu bapa. Cabaran ini ditambah lagi dengan kehidupan di luar bandar yang serba kekurangan dari segi akses ke atas perkhidmatan kesihatan dan lokasi yang jauh dari bandar. Kajian mengenai penerokaan masalah kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar masih kurang dijalankan terutamanya di Sabah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai masalah kesihatan mental, dan jika ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental, apakah faktornya. Kajian ini terdiri daripada dua tahap iaitu, kajian saringan kesihatan mental menggunakan psychology distress scale (fasa 1) dan kajian induktif menggunakan kaedah kajian kes pelbagai, fasa 2. Dalam fasa 1, psychology distress scale telah diedarkan kepada 30 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal. Hasil saringan mendapati 33.3 peratus (10 orang) ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental tahap tinggi (severe). Daripada 10 orang ibu bapa ini, seramai enam orang ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal (pelbagai jenis ketidakupayaan fizikal) dipilih menggunakan persempelan teoritikal untuk ditemubual bagi meneroka faktor yang menjejaskan kesihatan mental mereka. Data kualitaitf telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 7.0. Hasil analisis membentuk empat kategori utama mengenai faktor yang menjejaskan kesihatan mental iaitu; masalah penerimaan, masalah kesihatan anak, kesan hidup di luar bandar dan masalah kewangan. Ketegori utama ini kemudian dibuktikan dengan pembentukan proposisi teoritikal menggunakan kaedah perbandingan berterusan antara data dan proposisi teoritikal yang dibentuk. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan bahawa pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk meringankan beban tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.

Download Hit : 4825

More Info | Full Paper


Percaya Terhadap Pasangan: Definisi Menurut Pendekatan Interpretative Phenomenological Analysis (IPA)

Surianti Lajuma, Chua Bee Seok, Agnes Sombuling, Ferlis Bullare@Bahari

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Percaya, Pasangan, Hubungan, Interpretative Phenomenological Analysis (IPA)

Abstract : Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti definisi percaya terhadap pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini melibatkan seramai 17 orang subjek lelaki dan perempuan yang telah berkahwin bagi tempoh kurang daripada 10 tahun. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada semua subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, & Larkin (2010). Keputusan kajian telah menghasilkan lima (5) tema berkaitan dengan definisi percaya terhadap pasangan dalam perhubungan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan 4) Komunikasi dan 5) Ikatan Sosial. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.

Download Hit : 1084

More Info | Full Paper


Keberkesanan Intervensi Terapi Sandtray untuk Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak

Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Ismail Maakip, Peter Voo & Sharon Kwan Sam Mee

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : emosi, estim kendiri, kanak-kanak, sandtray

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi sandtray dalam meningkatkan estim kendiri kanak-kanak. Subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka (n=32). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan pemilihan subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan dalam dua kelompok iaitu kelompok sandtray (n=16) untuk kumpulan eksperimen, yang menerima terapi sandtray berbanding dengan kumpulan kawalan (n=16)yang tidak menerima sebarang rawatan. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Inventori estim kendiri yang dibangunkan oleh Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22 menggunakan Manova Pengukuran Berulang, pra-ujian dan instrumen pasca ujian. Keputusan dari ujian Pillai Trace multivariate menunjukkan kesan utama pembolehubah utama dari ujian pasca adalah signifikan (F [5, 11] = 41.37, p <.05). Pengujian Univariat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari pembolehubah bebas (sandtray therapy) dengan rendah diri (F [1, 15] = 49.85, ? <.05); pendiam (F [1, 15] = 63.64, ? <.05); pemalu (F [1, 15] = 82.92, ? <.05) dan bimbang (F [1, 15] = 80.07, ? <.05). Transkripsi temu bual juga digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan estim kendiri subjek kajian. Kanak-kanak dapat menyatakan pelbagai emosi, dapat berkomunikasi dengan baik, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap estim kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan pembentukan estim kendiri kanak-kanak.

Download Hit : 2449

More Info | Full Paper


Cleveland Adolescent Sleepiness Questionnaire (CASQ): Sleep Pattern among Undergraduates in Malaysia

Munizam Halik, Lim Ai Xuan, Ferlis Bahari @ Bullare

Volume : Vol. 3, 2015

Publication Date : 2017-03-24

Keywords : Daytime sleepiness,academic performance,undergraduate students

Abstract :

Daytime sleepiness among adolescents is nearly universal; the sleep/wake rhythm in humans is regulated by the circadian timing system that makes people sleepy at certain times of the day. Research suggests academic performance is affected by lack of sleep may influence hence the importance of this study at tertiary level. A survey of 707 full-time undergraduates at a local university in Malaysia was conducted using a modified Cleveland Adolescent Sleepiness Questionnaire. The modified CASQ was found to be reliable and significant and thus suitable to be used to measure students daytime sleepiness. Results showed that male students (n=237) reported significantly higher daytime sleepiness. There is a significant difference between academic performance and sleepiness. Science stream students are more likely to record higher sleepiness compared to non-science students. There is a need to increase the awareness of this problem in the education and to further research on this issue in the Malaysian context.

Download Hit : 1910

More Info | Full Paper


Pengaruh Harapan Terhadap Anak dan Sokongan Sosial ke atas Kesejahteraan Subjektif Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Pembelajaran

Calistina Ubeh, Ferlis Bullare@Bahari, Peter Voo Su Kiong

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Ibu bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya pembelajaran, Kesejahteraan subjektif, Harapan terhadap anak, Sokongan sosial

Abstract : Golongan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak kurang upaya pembelajaran. Kajian lepas mengenai ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa termasuklah risiko yang melibatkan aspek kesejahteraan fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, golongan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya ini telah memberikan bukti yang berbeza-beza dalam aspek kesihatan mental yang akhirnya menggalakkan lagi penyelidikan yang memberi fokus khususnya kepada aspek-aspek positif termasuklah kesejahteraan subjektif. Mengetahui kesejahteraan subjektif ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk dipenuhi memandangkan golongan ibu bapa yang membesarkan anak kurang upaya ini adalah sebahagian daripada peratus yang signifikan dalam populasi dunia. Bagi memenuhi dan memahami keperluan tersebut, satu kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dijalankan untuk menguji pengaruh faktor harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran. Hasil kajian ke atas seramai 328 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya pembelajaran menunjukkan kedua-dua faktor tersebut memberi pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa. Dapatan kajian ini mencadangkan harapan terhadap anak dan sokongan sosial sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan subjektif dalam kalangan ibu bapa yang membesarkan kanak-kanak kurang upaya pembelajaran.

Download Hit : 1124

More Info | Full Paper


Pengaruh Jangkaan Ibu Bapa terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam Kalangan Ibu Bapa di Sabah

Abdul Adib Asnawi, Agnis Sombuling

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Jangkaan, Kepuasan, Keibubapaan

Abstract : Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ia dilihat saling berkaitan. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa di Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel dijalankan secara rawak yang melibatkan dua daerah sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Ujian regresi mudah dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dengan menyumbang sebanyak 34.6 peratus varians. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yang tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai.

Download Hit : 1533

More Info | Full Paper


Pengaruh Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Kepuasan Keibubapaan dalam kalangan Ibu Bekerja

Tracy Soidi, Agnis Sombuling

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Konflik kerja dan keluarga, kepuasaan keibubapaan, ibu bekerja

Abstract : Perubahan peranan dalam institusi keluarga merupakan satu fenomena yang semakin kelihatan terutamanya dalam kalangan wanita, di mana golongan ini bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang ibu tetapi juga sebagai pekerja. Pada umumnya, kelaziman konflik peranan kerja dan keluarga pada masa kini berlaku disebabkan peningkatan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan (Irwan Nadzif Maphul & Nor Azian Abdullah, 2011). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan konflik kerja dan keluarga dengan kepuasan keibubapaan. Konflik kerja dan keluarga dilihat melalui dua dimensi iaitu konflik kerja-keluarga dan konflik keluarga-kerja. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 105 orang ibu bekerja dalam bidang pentadbiran di salah satu universiti awam di Kota Kinabalu, Sabah. Soal selidik Work-Family And Family-Work Conflict Survey dan The Satisfaction with Parent Role Scale digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan regresi mudah menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasan keibubapaan. Keputusan ini menjelaskan konflik kerja-keluarga yang tinggi meramal kepuasan keibubapaan yang rendah dalam kalangan ibu bekerja. Implikasi kajian juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Download Hit : 4636

More Info | Full Paper


Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sosial Penjagaan Warga Tua dalam Pelbagai Etnik di Sabah

Nurul Hudani binti Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Mohd Dahlan A. Malek, Getrude Cosmas Habibie Ibrahim, Peter Voo, Wanda Kiyah

Volume : Vol 4, 2016

Publication Date : 2016-12-30

Keywords : Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sokongan Sosial

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara intergenerasi dengan sokongan psikologi dan sosial dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Terdapat tiga set soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998) bagi mengukur hubungan intergenerasi. Manakala soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) digunakan bagi mengukur sokongan psikologi dan akhir sekali alat ukuran Social Support Questionnaire (SSQ) yang dibangunkan oleh Sarason, Levine, Basham (1983) digunakan bagi mengukur sokongan sosial. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585, k<0.05) manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi (r=.344,k>0.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berkorelasi dengan intergenerasi berbanding sokongan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu berkaitan aspek sosial dan psikologi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.

Download Hit : 6572

More Info | Full Paper



Page ‹ First  < 10 11 12 13 14 >  Last ›

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**