Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page ‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›

PENGARUH KESULITAN EKONOMI, KEPUASAN PERKAHWINAN DAN KEAGAMAAN KE ATAS KEBAHAGIAAN

Muhammad Idris Bullare @ Bahari & Ra’idatun Adilah Binti Nor Zaman

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Kesulitan ekonomi,kepuasan perkahwinan,keagamaan,kebahagiaan

Abstract :

Kajian ini bertujuan menguji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan. Kajian ini melibatkan responden seramai 166 orang yang terdiri daripada 59 orang lelaki dan 107 orang perempuan. Tinjauan kajian dijalankan secara bersemuka dan atas talian. Kajian ini menggunakan analisis korelasi Pearson bagi mengukur hubungan di antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Manakala, analisis regresi pelbagai pula bertujuan mengukur pengaruh di antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan terhadap kebahagiaan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan. Selain itu, hasil kajian membuktikan bahawa ketiga-tiga pembolehubah bebas boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 23.7% daripada varians dalam kebahagiaan. Kajian ini mendapati kebahagiaan merupakan pengaruh yang utama ke atas kepuasan perkahwinan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Download Hit : 770

More Info | Full Paper


GAMBARAN PSYCHOLOGICAL WELL BEING BEING GENERASI MILENIAL PENGGUNA MEDIA DIGITAL DI JAKARTA SELATAN

Laila Meiliyandrie Indah Wardani, Sri Wahyuning Astuti

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Psychological Well Being, generasi milenium, Media digital

Abstract : Indonesia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami bonus demografi dengan populasi generasi milenium yang tinggi, iaitu lebih separuh daripada jumlah penduduk yang berjumlah seramai 264 juta orang. Jumlah penduduk generasi milenium yang tinggi telah mendorong semua dasar negara yang digubal harus menampung minat golongan ini. Oleh itu, banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui ciri-ciri generasi milenium di Indonesia, terutamanya berkaitan dengan kesejahteraan psikologi mereka. Kesejahteraan psikologi tidak hanya mencakupi kesejahteraan psikologi seseorang bahkan turut merangkumi kebolehan seseorang memahami pencapaian kehidupan masa kini. Makna kehidupan hari ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan media digital. Generasi milenium yang dibesarkan dengan dunia digital tentunya mempunyai perubahan dalam makna kehidupan mereka. Kajian ini akan cuba mencari gambaran kesejahteraan psikologi generasi milenium pengguna media digital. Subjek dalam kajian ini ialah generasi milenium di daerah Jakarta Selatan yang berumur 15-19 tahun. Data diambil menggunakan Skala Pergokian Psikologi yang terdiri daripada 54 item oleh Ryff dan intensiti penggunaan media digital (telefon pintar). Penganalisisan data kajian ini menggunakan Ujian Korelasi untuk melihat hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dan untuk mengetahui dimensi setiap hubungan penyelidikan.

Download Hit : 1969

More Info | Full Paper


KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR, KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU, KOMPETENSI PERIBADI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI PENGAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PEDALAMAN SABAH

Serirama Ebbie, Roslee Bin Talip, Dayang Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Sekolah Rendah, Zon Pedalaman, Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Kompetensi Profesionalisme, Kompetensi Peribadi Dan Efikasi Pengajaran

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh daerah di zon Pedalaman, Sabah. Persampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala persampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan pada aras sederhana kuat antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan efikasi pengajaran guru (r=.514), hubungan yang signifikan pada aras kuat antara kompetensi profesionalisme guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.790) dan hubungan yang signifikan pada aras kuat bagi kompetensi peribadi guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.806).

Download Hit : 421

More Info | Full Paper


POLA MINAT KERJAYA DAN PENYESUAIAN KERJAYA PELATIH KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/I DI UNIVERSITI AWAM

Maisarah Mohd Wahed, Mohd Izwan Mahmud, & Siti Hashimah Ghazali

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Minat Kerjaya, Penyesuaian Kerjaya, Pelatih, Kor SUKSIS, Polis DiRaja Malaysia

Abstract : Pemilihan kerjaya yang selari dengan minat kerjaya mampu memberikan penyesuaian kerjaya yang baik pada masa hadapan. Penyesuaian kerjaya melibatkan keupayaan individu berkaitan dengan cakna diri (concern), kawalan diri (control), sifat ingin tahu (curiosity) dan keyakinan diri (confidence). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola minat kerjaya dan penyesuaian kerjaya pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS) di sebuah Universiti Awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif iaitu analisis yang digunakan adalah Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan. Sampel kajian ini terdiri daripada 102 orang pelatih Kor SUKSIS di sebuah Universiti Awam di Selangor. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pola minat kerjaya adalah Vocational Preference Inventory (VPI). Manakala, bagi penyesuaian kerjaya instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Keputusan kajian mendapati majoriti responden mempunyai minat kerjaya dominan bagi kategori Sosial (S), Investigatif (I) dan Enterprising(E). Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan minat kerjaya antara jantina perempuan dan lelaki di mana lelaki lebih dominan kepada Sosial (S), Enterprising (E) dan Investigatif (I). Manakala perempuan lebih dominan kepada Sosial (S), Investigatif (I) dan Konvensional (K). Di samping itu, tahap penyesuaian kerjaya responden berada pada tahap sederhana dan tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar berada di tahap yang rendah. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan Kor SUKSIS terhadap cara pengambilan dan pemilihan pelatih yang memiliki tret personaliti yang lebih sesuai dan diperlukan untuk menjadi seorang anggota Polis DiRaja Malaysia. Cadangan kajian susulan hendaklah menjalankan kajian berbentuk kualitatif bagi memahami faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam persatuan badan beruniform.

Download Hit : 4374

More Info | Full Paper


HARAPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK BERKEPERLUAN KHAS DI SARAWAK

Dayang Dayana Abg Abd Nasir, & Ahmad Zamri Mansor

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Harapan, Ibu Bapa, Anak Berkeperluan Khas, Sarawak

Abstract : Sejak daripada anak di diagnosis dengan keperluan khas sama ada fizikal, pendengaran, dan pembelajaran, pelbagai inisiatif telah diambil ibu bapa bagi membantu perkembangan anak mereka agar dapat membesar dengan baik bagi memenuhi harapan ibu bapa terhadap anak, terutamanya harapan agar anak boleh berdikari tanpa bantuan penuh daripada individu lain. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengenalpasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak berkeperluan khas dan (2) mengenalpasti faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa. Kajian kualitatif ini mengumpul data melalui temu bual. Informan kajian merupakan 7 orang ibu dan seorang bapa kepada anak yang terlibat dalam Program Transisi ke Kerjaya Individu Berkeperluan Khas. Anak-anak mereka terdiri daripada keperluan khas fizikal, keperluan khas pendengaran, dan keperluan khas pembelajaran. Hasil temu bual mendapati harapan ibu bapa terdiri daripada 4 tema iaitu harapan terhadap diri anak, harapan terhadap pendidikan anak, harapan terhadap kerjaya anak, dan harapan terhadap hubungan anak dengan individu sekeliling. Faktor yang mempengaruhi harapan ibu bapa pula terdiri daripada 3 tema iaitu lokaliti, sosioekonomi ibu bapa, dan pengetahuan ibu bapa tentang kemudahan yang ada untuk individu berkeperluan khas. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar ibu bapa berkolaborasi dengan ahli profesional pelbagai disiplin dalam merancang masa hadapan anak yang realistik bersesuaian dengan keadaan anak dan keperluan pasaran kerja semasa.

Download Hit : 2289

More Info | Full Paper


HUBUNGAN ANTARA PENYESUAIAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

Siti Hashimah Ghazali, Mohd Izwan Mahmud & Maisarah Mohd Wahed

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Penyesuaian Kerjaya, Sokongan Sosial (Rakan, Keluarga, Dan Individu Signifikan), Guru Pelatih, Universiti Awam

Abstract : Penyesuaian kerjaya merupakan suatu proses yang perlu dilalui oleh setiap individu merangkumi sikap, kompetensi dan tingkah laku yang digunakan oleh individu bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan. Sokongan sosial pula adalah sokongan dari keluarga, rakan dan individu signifikan yang menyumbang kepada kesejahteran diri dalam proses membuat penyesuian kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis deskriptif dan korelasi bagi mengukur tahap dan hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Seramai 83 orang guru pelatih di sebuah universiti awam yang sedang dalam persediaan untuk menjalani internship terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS) bagi mengukur penyesuaian kerjaya dan Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur sokongan sosial. Statistik yang digunakan untuk menjawab objektif adalah secara deskriptif (Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan), dan inferensi (Pearson Corelation). Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial dalam kalangan guru pelatih berada di tahap yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penyesuaian dan sokongan rakan r = .216, p < .05. Bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penyesuaian kerjaya dengan sokongan keluarga r = .127, p > .05. dan sokongan individu signifikan, r = .048, p > .05. Kajian ini memberi implikasi terhadap peranan kaunselor dalam membangunkan program kerjaya pelajar dari aspek penyesuaian dan sokongan sosial. Cadangan kajian ini adalah (i) kaunselor perlu mengetahui dan berkemahiran dalam penggunaan sesuatu instrumen; dan (ii) kajian lanjutan hendaklah memberi tumpuan kajian berbentuk eksperimen bagi mengukur kesan terhadap sesuatu program kerjaya yang dilaksanakan.

Download Hit : 2228

More Info | Full Paper


PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM KALANGAN REMAJA PEREMPUAN SEKOLAH AGAMA

Ummur Radhiah Hussin, Zuria Mahmud, Siti Suria Bahrudin, Siti Noraisah Mokhtar, & Siti Rokiah Tharin

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Kaunseling Kelompok, Psikopendidikan, Modul Pengurusan Emosi, Pengetahuan Emosi Diri, Kemahiran Mengawal Emosi

Abstract : Emosi yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk memberi fokus kepada akademik dan mengalami masalah perhubungan dengan rakan-rakan. Artikel ini melaporkan satu pendekatan kaunseling psikopendidikan yang dilaksanakan bertujuan membantu pelajar meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mengawal emosi diri dengan cara yang lebih berkesan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kelompok terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah agama. Sebanyak lima sesi kaunseling kelompok pengurusan emosi telah dijalankan secara bersemuka bersama dengan fasilitator dari Program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Setiap sesi mengambil masa selama 40 hingga 45 minit. Sesi kelompok ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kaunseling kelompok, melukis, menjawab senarai semak kestabilan emosi dan aktiviti menggunakan belon. Dapatan kajian menunjukkan kaunseling kelompok psikopendidikan ini memberi impak yang positif dalam membantu mereka mengurus dan mengawal emosi sendiri. Kajian ini menyokong penggunaan aktiviti psikopendidikan kelompok oleh kaunselor dalam menyediakan program yang berkualiti untuk kesejahteraan psikologi remaja.

Download Hit : 14947

More Info | Full Paper


PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Fatin Athirah Azman, Salleh Amat, Khadijah Hashim, & Tee Yin Ai

Volume : Vol 7 Issue 2, 2019

Publication Date : 2019-11-19

Keywords : Psikopendidikan, PPKI, Kemahiran Sosial, Kemahiran Psikomotor, Kesedaran Pengurusan Diri

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendidikan psiko dalam kaunseling kelompok untuk meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran psikomotor dan kesedaran dari aspek pengurusan diri pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi dan menjalankan empat kali sesi kaunseling kelompok. Sample kelompok terdiri daripada 13 orang pelajar PPKI. Kesemua pelajar mempunyai perbezaan kecacatan iaitu autisme dan masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok semakin terbuka dan selesa untuk berinteraksi sepanjang kelompok psikopendidikan dijalankan. Penerapan elemenelemen kaunseling kelompok pendidikan psiko untuk meningkatkan kemahiran interaksi sosial pelajar dilihat berjaya membantu pelajar untuk berani membuat pendedahan kendiri dan berinteraksi. Pelajar juga mampu membuat pendedahan kendiri berkaitan pengurusan diri sekaligus dapat mengetahui tahap kesedaran pengurusan diri bagi setiap pelajar. Perubahan dalam kemahiran psikomotor melalui pendidikan psiko ini memberi implikasi kepada guru PPKI untuk menjalankan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Oleh itu, kelompok psikopendidikan ini perlu dijalankan secara berkala untuk mendapatkan hasil yang optimum dan berpanjangan.

Download Hit : 5417

More Info | Full Paper


School Connectedness and Academic Buoyancy: Insights into Filipino College Students' Experience of Academic Stress

Voltaire Marquez (vmmarquez@ust.edu.ph)

Volume : Vol 7 Issue 1, 2019

Publication Date : 2019-10-29

Keywords : school connectedness,academic buoyancy,academic stress

Abstract :

 

The primary purpose of this research was to look into college students’ academic stress as regressed from connectedness and academic buoyancy. Participants were 186 (male=61, female=125) undergraduates from a Philippine university. Hierarchical regression analysis revealed a significant inverse relationship between connectedness and academic stress in model 1 (β=-.277, p<.01). This relationship remained significant in model 2 (β=-.186, p<.01) when academic buoyancy and other demographic variables were entered, indicating the value of connectedness in situations that could trigger stress among students. Likewise, academic buoyancy was revealed a significant predictor of academic stress (β=-.294, p<.001). Findings suggest the utilization of an endogenous resource and an exogenous resource to cope with stress. Implications of the findings on school outcomes such as learning and motivation, and counseling psychology are discussed. 

Download Hit : 912

More Info | Full Paper


DYING IN CYBERWORLD: VIOLENT VIDEO GAMES EXTINGUISHED CHILDREN’S DEATH CONCEPT AND ATTITUDE

Hon Kai Yee, Fok Chee Kin, Chow Ying Hui, Tan Ren Jie, Dalton Julious Peter

Volume : Vol 7 Issue 1, 2019

Publication Date : 2019-10-29

Keywords : Violence Video Games, Death Concept & Death Attitude

Abstract :

Death is often a taboo topic in society, especially among the Chinese community. Most of the violent video games are spreading the immoral value of life and death, deformed death concept and death attitude will be molded easily in children if without parents’ proper supervision. The misconception of death concept and death attitude can manipulate primary school children’s attitude towards death and might lead children to harm themselves or others. This study aimed to study the relationship between the violent video games and children’s death concept and death attitude (Fear of death, Death avoidance, Approach Acceptance, Escape Acceptance). This study also examined the differences between the level of exposure to violent video games towards children death concept and death attitude. Data will be collected from 397 Malaysian Chinese children between 10 to 12 years old by using purposive sampling method. Instruments used in this study consisted demographic information, Death Attitude Profile-Revised (DAP-R), Concepts of Life and Death Questionnaire (CLDQ) and Habitual Media Violence Exposure. High level of the violent video games was significantly negative correlated with death concept and fear of death, whilst significantly positive correlated with escape acceptance. The result of the independent samples t-test showed that children with high exposure to violent video game have poorer death concept, lower fear of death and a higher level of escape acceptance. Further research is needed to explore the death concept and attitude among children as technology has become an inseparable part of the human being in the 4th Industrial Revolution.

Download Hit : 690

More Info | Full Paper



Page ‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**